SMK SERI RAUB
27600 RAUB
PAHANG
1. MINIT MESYUARAT PANITIA ICT
2. BIL : 01/2011
3. TARIKH : 28 DISEMBER 2010 (SELASA)
4. MASA : 12.30 TENGAHARI
5. TEMPAT : MAKMAL ICT
6. KEHADIRAN
6.1 Hadir:
6.1.1 En. Muhamad Fauzi bin Abdul Rahim - Ketua Panitia
6.1.2 En. Mohd Sabri bin Mohd Salleh - Setiausaha
6.1.3 Ahmad Kamal bin Mohd Ali - Ahli
6.2 Hadir Bersama: -
6.3 Tidak Hadir Bersebab: -
6.4 Tidak Hadir Tanpa Sebab: -
6.5 Urus Setia: Panitia ICT
7. CATATAN MESYUARAT
7.1 Ucapan aluan Ketua Panitia selaku Pengerusi
Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli ke mesyuarat Panitia ICT kali pertama tahun 2011.
Tindakan: Untuk Makluman
7.2 Pengesahan minit mesyuarat terdahulu
Cadangan: En. Muhamad Fauzi bin Abdul Rahim
Minit mesyuarat terdahulu disahkan tanpa pindaan. Dua ahli panitia lain tidak boleh memberi sokongan kerana baru menjadi ahli panitia pada tahun 2011.
Tindakan: Untuk Makluman
7.3 Perkara-perkara berbangkit
Tiada perkara berbangkit
Tindakan: Untuk Makluman
7.4 Sukatan & Rancangan Pelajaran Tahunan
Semua guru ICTL dimaklumkan sebanyak 5 modul telah disediakan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum yang merangkumi modul Pengenalan Kepada Komputer, MS Word, MS Excel, MS Powerpoint dan MS Access.
Tindakan: Semua guru mata pelajaran
7.5 Jadual Waktu
Jadual waktu P&P telah diterima oleh semua guru. Semua penggunaan makmal ICT mesti dicatatkan oleh guru dalam fail log penggunaan makmal. Guru mata pelajaran mesti memastikan semua pelajar yang masuk ke dalam makmal ICT mencatatkan maklumat yang diperlukan dalam kertas log penggunaan komputer yang diletakkan di atas meja setiap komputer walaupun murid tidak menggunakan komputer pada hari tersebut.
Tindakan: Semua guru mata pelajaran
7.6 Dasar Kurikulum
Semua dasar kurikulum sekolah dan keputusan mesyuarat kurikulum sekolah yang telah ditetapkan mesti dipatuhi. Rancangan Pelajaran Tahunan ICT & ICTL mengikut format yang ditetapkan sudah diserahkan kepada semua guru mata pelajaran untuk dilaksanakan dalam P&P.
Tindakan: Guru mata pelajaran ICT & ICTL
7.7 Post Mortem Peperiksaan
Tidak berkaitan
Tindakan: Untuk Makluman
7.8 Perancangan / Takwim Panitia 2011
Antara perancangan Panitia ICT 2011 ialah
- Kursus dalaman perisian MS Excel dan MS Powerpoint untuk guru-guru baru mata pelajaran ICTL akan diadakan untuk memantapkan lagi penguasaan guru-guru tersebut untuk P&P ICTL
- Membina blog panitia ICT
Tindakan: Untuk Makluman
7.9 PKKP
TOV untuk untuk pelajar 5ICT diambil dalam peperiksaan akhir tahun lepas. TOV untuk pelajar 4ICT akan diambil daripada markah ujian Mac 2011 (P1)
Tindakan: Guru mata pelajaran ICT
7.10 P&P
Setiap waktu P&P ICTL dan ICT mesti menggunakan makmal ICT. Peraturan makmal ICT mesti dipatuhi boleh dirujuk pada kenyataan yang terletak di luar makmal dan kertas yang ditampal pada kenyataan bahagian hadapan makmal.
Tindakan: Guru mata pelajaran ICT & ICTL
7.11 Kerja Kursus
Kerja kursus untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun ini akan dimulakan pada bulan Januari. Semua kerja kursus mesti disiapkan sebelum atau pada 15 Julai 2011
Tindakan: Guru mata pelajaran ICT
7.12 Jadual Pencerapan
Jadual Pencerapan belum dikeluarkan lagi oleh pihak pentadbir skolah.
Tindakan: Untuk makluman
7.13 Kewangan
Gran Perkapita (PCG) yang dijangka diterima pada tahun 2011 adalah berjumlah 20 X RM65 = RM1300 iaitu berdasarkan jumlah pelajar mata pelajaran ICT tingkatan 4 dan 5. Sila rujuk lampiran untuk maklumat anggaran perbelanjaan tahunan 2011.
Tindakan: Untuk Makluman
7.14 Hal-hal lain
Tiada
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
(MOHD SABRI BIN SALLEH) (MUHAMAD FAUZI BIN ABDUL RAHIM) Setiausaha Ketua Panitia